j o u r n e y o f m o m e n t o | sangkhalif photography
"..pengalaman adalah sebaik-baik guru.."
iklan nak cari makan
Selasa, Februari 18, 2014
Isnin, Februari 17, 2014
Khamis, Mei 02, 2013
biru biru
assalamualaikum.
sekian lama menyepi. ya. menyepi dengan hidup yang kini penuh urusan untuk dipenuhi. kurang sebenarnya kesempatan untuk berkarya. ke-terhad-an masa mengekang segalanya. namun, insyaAllah, minat ini tidak akan dibuang sesekali. ia akan terus menjadi minat. hanya masa yang menjadi aras pengukur kesempatan yang ada.
di sini, saya kongsikan beberapa keping hasil seni lensa saya, ditambah dengan sedikit idea kreativiti daripada pihak kedua selain saya sendiri. sekadar berkongsi. insyaAllah. akan datang lagi pada masa-masa akan datang ini. sedang diusahakan untuk memastikan blog ini tidak bersawang dek labah-labah alam maya.. :)
Isnin, April 01, 2013
teaser: Solemnization of Shah ♥ Ira | 30 Mac 2013
Assalamualaikum.
Lama benor teman tak ngapdate belog. hehe. sibuk dengan urusan duniawi. jarang-jarang dah dapat pegang kemera. kemera pon elok je bertepek habuk tebal se-inci dua. hehe.
Alhamdulillah. diberi peluang oleh yang Maha Esa untuk memetik kembali shutter. walaupun aktiviti ini sememang hobi sepenuh masa, namun, tak pernah terlintas nak tinggalkan hobi nih selama-lamanya. saya masih lagi memegang kamera, cuma sudah tidak seaktif dulu semasa di awal penglibatan saya mengenali dunia fotografi. ini kerana saya terikat dengan komitmen tugas yang agak ketat kebelakangan ini. jarang-jarang dapat mengembara dan menggunakan peluang memetik shutter. hehe. tak macam masa kegemilangan dua-tiga tahun lepas. =)
Ok. untuk post yang pertama tahun 2013 ini, saya sajikan kenangan manis saya merakam detik indah sahabat baik saya yang telah selamat diijab-kabul dengan pasangan pilihan hatinya di Masjid Nurul Ehsan, Kampung Medan, Petaling Jaya pada 30 Mac 2013 yang lalu. Majlis persandingan pula telah berlangsung keesokan harinya, 31 Mac 2013 namun saya tidak dapat menghadiri majlis tersebut kerana terikat pula dengan majlis lain.
Jadi, layan-kan dulu teaser sekitar majlis pernikahan Shahrir dan Azira.
"Bismillahirrahmanirrahim.
Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'ah bainakuma fi khair"..
Semoga dilimpahi ke atas keduanya rahmat Allah dan dikarunia keluarga sakinah, mawaddah, wa rahmah daripada Allah SWT. Amin.
sangkhalif photography | all rights reserved
:)
Langgan:
Catatan (Atom)