salam. sebagai seorang beginner, saya ingin berkongsi serba sedikit asas kamera. berkaitan exposure, aperture, shutter dan sebagainya. berikut adalah tutorial yang telah saya alih-bahasakan kepada bahasa melayu supaya mudah bagi saya memahami setiap bait kata. tutorial ini saya ambil dari laman Nikon. mari belajar bersama!
Exposure
Memahami Exposure
"Exposure" dalam konteks fotografi adalah tentang mengawal jumlah cahaya yang sampai ke dalam sensor kamera apabila anda menekan butang shutter untuk mula mengambil foto/gambar.
Untuk mencipta fotograf, exposure (pencerahan) yang ideal adalah diperlukan untuk membenarkan jumlah cahaya yang sebenarnya/betul untuk sampai ke sensor. Membenarkan jumlah cahaya yang terlalu sedikit untuk sampai ke sensor akan menyebabkan hasil foto menjadi gelap (under exposed). Selain itu, membenarkan terlalu banyak cahaya sampai ke sensor pula akan menjadikan foto kelihatan terlalu cerah (over exposed).
Keseimbangan Exposure (pencerahan)
Bagaimana mendapatkan exposure yang ideal? Ia ditentukan oleh keseimbangan dua faktor:
1. Berapa banyak cahaya yang dibenarkan melepasi lensa
2. Berapa lama cahaya dibenarkan melepasi lensa.
** Pencerahan (exposure) boleh dicapai oleh kombinasi yang berbeza berapa banyak cahaya dan berapa lama ia dibenarkan melepasi lensa hingga ke sensor kamera.
Memilih kombinasi yang tepat
Exposure boleh dicapai oleh kombinasi yang spesifik tentang berapa banya cahaya yang dibenarkan melalui lensa dan berapa lama ia dibenarkan masuk/melepasi. Walaubagaimanapun, bagaimana kita menentukan kombinasi yang terbaik? Dan bagaimana mengawal kamera untuk mencapainya?
Perkakas yang dinamakan "iris diaphragm" membenarkan kamera anda mengubah saiz lubang (hole) di dalam lensa yang dikenali sebagai "aperture" yang mengawal jumlah cahaya yang dibenarkan melepasi lensa kamera.
Perkakas lain dinamakan "shutter" mengawal jumlah masa cahaya yang masuk. Kedua-dua perkakas ini membenarkan kita mencapai kombinasi yang berbeza tentang jumlah cahaya yang dibenarkan masuk ke dalam lensa kamera, begitu juga berapa lama/panjang masa yang diperlukan untuk mencapai exposure yang ideal.
** Carta di atas adalah ilustrasi ringkas hubungkait antara jumlah cahaya yang dibenarkan masuk ke dalam lensa (dikawal oleh saiz aperture) dan jumlah masa cahaya dibenarkan masuk ke dalam lensa (dikawal oleh kelajuan shutter).
** Dengan lebih banyak cahaya dibenarkan masuk, lebih cepat kelajuan shutter diperlukan untuk mendapatkan exposure yang ideal. Lebih perlahan kelajuan shutter, lebih banyak jumlah cahaya diperlukan untuk melepasi lensa dengan menggunakan saiz aperture yang besar untuk mendapatkan exposure yang ideal.
Pengenalan kepada Aperture
Apa itu Aperture?
Aperture merujuk kepada lubang bulat di dalam lensa yang membenarkan cahaya melaluinya. Lensa kamera direka untuk membenarkan saiz aperture berubah-ubah supaya jurufoto boleh mengawal jumlah cahaya yang dibenarkan melalui lensa.
Di manakah ia?
Mekanisme yang membenarkan aperture dengan saiz berbeza adalah dikenali sebagai "iris diaphragm". Iris diaphragm boleh mengubah saiz aperture seolah ia sebenarnya susunan bersiri mata pisau yang dilipat antara satu sama lain atau boleh berkembang.
Aperture dan Depth of Field
Imbas kembali seksyen Exposure di mana kita menyebutkan bahawa perbezaan kombinasi aperture dan kelajuan shutter boleh digunakan untuk mendapatkan exposure yang sama? Sebenarnya, sebab utama mengapa jurufoto ingin mengeset/menetapkan saiz aperture yang berbeza untuk mengambil gambar adalah kerana saiz aperture merupakan antara faktor yang mempunyai kebanyakan kesan (effect) pada depth of field dalam foto.
"Depth of field" merujuk kepada jarak (depth) antara objek yang paling dekat dan paling jauh yang muncul dalam ketajaman (sharp) fokus yang boleh diterima dalam fotografi. Kreativiti yang digunakan dalam penetapan (setting) aperture boleh membantu mengawal depth of field dalam foto.
Pengetahun lebih (extra)
Mengira F-stop
Untuk mereka yang berminat untuk tahu lebih lanjut, di sini adalah bagaimana nombor F-stop dikira, dan bagaimana ia terbalik (inverse) dengan saiz fizikal pembukaan aperture (diukur dengan diameternya):
F-stop sebenarnya adalah ratio yang mewakili diameter aperture dengan panjang fokal (focal length) lensa anda. (Focal length secara dasarnya adalah panjang lensa utama kamera anda dengan sensor dan dalam topik ini akan menerangkan dengan lebih jelas berkaitan Focal Length)
In other words, the F-stop simply describes how many times the lens' focal length is longer than the aperture diameter (maaf, saya tak berapa pandai nak terjemah ayat ini).
Di sini adalah formula ringkas untuk mengira F-stop:
FOCAL LENGHT/DIAMETER
Sebab mengapa F-stop adalah ratio yang digunakan untuk menunjukkan jumlah cahaya yang dibenarkan melepasi lensa adalah kerana, dalam penambahan saiz aperture, focal length lensa juga memainkan peranan dalam menentukan berapa banyak cahaya yang dibenarkan melalui lensa.
** Jika diameter aperture kekal sama, penambahan focal length akan menurunkan jumlah cahaya yang dibenarkan melepasi lensa; dan pengurangan focal length akan meningkatkan jumlah cahaya yang dibenarkan lepas.
** So the F-stop takes into account focal length, in addition to the actual aperture diameter, to indicate the amount of light passing through the camera's lens.
cukup dulu setakat ini. saya akan cuba meng-alih bahasa tutorial ini untuk topik-topik seterusnya seperti shutter speed, white balance dan sebagainya. insyaallah..
untuk tutorial sebenar, ada di laman NIKON
Tiada ulasan:
Catat Ulasan