assalamualaikum. it's been a long time tak spend masa dengan blog ini. maklum sahaja, agak sibuk dengan kerja-kerja harian. lagipula, sudah lama tidak keluar 'outing' dengan bertemankan kamera. si kamera pon hanya tersadai di atas lantai tanpa ada yang mempedulikannya. kali terakhir ia difungsikan adalah pada Disember tahun lalu. itu pun, untuk satu majlis perkahwinan di mana saya sebagai seorang fotografer rasmi yang tak bertauliah. hehe. sekadar suka-suka.. =)
after a long time, hari ini sempat juga saya melapangkan sedikit masa untuk keluar membawa 'anak-anak' saya ke zoo di Johor. kelihatannya, mereka sangat teruja. begitu juga saya kerana sudah begitu lama tidak memetik kamera.
alhamdulillah. cuaca juga baik. cuma sedikit panas terik.
macam biasa, gadjet yang saya gunakan adalah kamera NIKON D5000 dengan kit lens. nampaknya, belum mampu lagi nak naiktaraf lens. tapi, cita-cita itu sentiasa membara dalam hati. sebelum menaiktaraf lens, saya memikirkan dahulu kepentingan-kepentingan lain, kerana bagi saya, lens boleh dimiliki jika ada pendapatan lebih. lagipula, ia bukan suatu 'pekerjaan' buat saya. hanya sekadar cebisan hobi dalam bidang fotografi ini. minat yang dipendam sejak dahulu. bercerita melalui gambar. hehe. bermadah pulak.
untuk 'aksi' yang akan saya paparkan, ia bukan-lah 'raw' daripada kamera. sebaliknya, saya telah membuat 'editing'. thanks to TrisnoPhotography for the 'free photoshop actions'. love it so much. tak perlu saya nak susah-susah meng-edit 'layer by layer' dalam photoshop. serius penat! hehe. jika ada sebarang komen, pertanyaan, boleh tinggalkan komen. insyaallah, kalau sempat, saya akan balas. saya menerima apa jua komen, kritikan dan sebagainya. have fun, and have a nice day! =)
entah apa nama burung ini. tapi, saya kenal watak burung ini dalam banyak versi kartun zaman dahulu. burung ini diwatakkan sebagai 'penghantar bayi'. tapi, saya memang tak tahu apa namanya. bangau ke?
anak saudara saya. kepenatan. nasib baik bawak bekal susunya. =)
si abang ini adalah HERO bila di rumah. ganas. tapi, bila dah naik kuda, terus hilang HERO-nye. hihi.
nampak macam berani sahaja. tapi, sebenarnya mengacah-acah je yang lebih. perangai anak-anak..
saya sangat tertarik dengan spesis 'kucing besar' ini. taktahu kenapa. baik harimau mahupun singa. rasa macam nak belai macam membelai kucing. geram!
perangai anak-anak. sekarang sudah pandai buat 'peace' depan kamera.
rasanya ini adalah spesis ular berbisa. tak tahu apa namanya. terlupa nak baca 'description' kat sangkar tadi.
ini spesis burung kakak tua. taktau apa nama spesisnye.
untuk koleksi gambar lain, boleh layari slideshow flickr saya. tak semua gambar saya masukkan ke dalam blog. hanya sebahagian sahaja. dan flickr ini juga agak baru. tak semua juga gambar dalam blog ini ada di dalam flickr. please enjoy~ have a nice day.. =)