iklan nak cari makan

Selasa, Jun 05, 2012

cover - zaidi & zarimah | putrajaya - 26 Mei 2012


pertunangan Azira & Shahrir | 27 Mei 2012

Tarikh: 27 Mei 2012
Lokasi: Taman Indah Jaya, Petaling Jaya

"Khitbah" (Bahasa Arab) / "bertunang" (Bahasa melayu) adalah muqaddimah atau permulaan kepada az-zawaj(Bahasa Arab) / nikah atau kahwin (Bahasa Melayu). Sesungguhnya Allah menjadikan khitbah sebagai salah satu dari syariat-syariat / perundangan-perundangan Agama Islam. Apa hikmat, faedah atau kelebihannya???  Kerana khitbah memberi peluang kepada kita semua untuk at-ta'arruf / berkenalan dengan pasangan masing-masing dari segi zahir dan batin sebelum kita bernikah atau berkahwin.

"Khitbah" (bahasa Arab) bererti "bertunang"(bahasa Melayu). "Tafsiran" lafaz atau perkataan "bertunang" ini berbeza mengikut tempat, kawasan, adat dan suasana masyarakat masing-masing. Berbeza di antara negara Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia. Dan kemungkinan berbeza juga di antara beberapa tempat, adat, suasana serta kawasan-kawasan di dalam negara masing-masing. Contohnya di dalam Indonesia, tafsiran "bertunang" di Medan dan Jakarta berbeza. Di dalam Thailand, tafsiran "bertunang" di Bangkok dan Pattani berbeza. Begitulah seterusnya di tempat-tempat lain.

"Khitbah" di dalam bahasa Arab apabila diterjemah maknanya ke dalam Bahasa Melayu bermakna 'melamar' wanita untuk dijadikan bakal isteri. "Melamar" ini juga bermakna meminta persetujuan pihak wanita untuk menjadi isteri kepada pihak lelaki. Khitbah ini memakan 'masa' berdasarkan kebiasaan atau adat yang masyhur dipegang kawasan, tempat, adat dan suasana masyarakat.

"Khitbah" juga bermakna proses lelaki meminta dari pihak perempuan untuk berkahwin dengan cara-cara atau jalan-jalan yang diketahui masyhur di tempat masing-masing.(Fiqh Assunnah oleh Syed sabiq).

"Khitbah" juga membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak / kemahuan seseorang untuk berkahwin dengan seseorang wanita.(Fatawa Muasoroh oleh Dr.Yusof Al Qardawi). Dr. Yusof Al- Qardawi juga berkata (buku yang sama) bahawa di dalam khitbah / bertunang ini tidak ada "hak" bagi khatib(tunang lelaki) kecuali hak untuk melamar  ( to reserve or booking) makhtubah (tunang wanita) semoga pihak lelaki selain darinya tidak datang untuk meminang wanita itu.

(sumber: http://muzakarah.tripod.com/tunang.html

Menjalani proses 'pertama' sebelum melangkah ke fasa seterusnya.. Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma, wa jama'ah bainakuma fi khair.. Doa saya untuk kalian apabila disatukan kelak.. amin. :)
















Selasa, Mei 29, 2012

teaser - pertunangan Shahrir & Azira | 27 Mei 2012

Lokasi: Taman Indah Jaya, Petaling Jaya
Tarikh: 27 Mei 2012

Selesai majlis sahabat saya di Dengkil/Putrajaya, saya bergegas pula untuk sebuah lagi majlis sahabat saya yang melangsungkan pertunangan pada hari berikutnya. Fuuh. Memang agak packed jadual saya untuk seminggu lepas. Bermula dengan 'training' di First Avenue selama 5 hari. Kemudian bergegas ke Putrajaya untuk majlis pernikahan dan persandingan, dan seterusnya pada Ahad lepas, bergegas pula untuk majlis pertunangan. Alhamdulillah. Segalanya telah dipermudahkan dengan izin-Nya.

Berikut adalah beberapa keping gambar untuk majlis pertunangan sahabat saya. Gambar tak cantik berikutan speedlite pon taknak berfungsi dengan baik ditambah pula dengan 'cuaca' di dalam rumah yang agak kelam. Di samping itu, saya juga mencuba 'keberfungsian' lens Tamron 18-200 F3.5-6.3 yang baru saya beli di Lowyat. Hehe.. bersemangat juga nak 'mencuri' momento.. :)


Sebentuk cincin sebagai tanda si gadis sudah dirisik untuk diikat.


Si gadis riang bila dipinang. Menunggu mahligai untuk didirikan. :)


Watak anak-anak kecil sering menggelikan hati saya. Watak comel dan nakal yang menghiburkan.



Bapa si gadis yang menjadi walinya nanti.


Si gadis menjadi tumpuan lensa.


Rombongan pihak lelaki.

Lokasi rombongan pihak lelaki berkumpul. Hanya 'sekangkang kera' dari rumah pihak perempuan.

Isnin, Mei 28, 2012

teaser - ASP Zaidi dan Zarimah | Putrajaya - 26 Mei 2012

Lokasi: "Jambatan Emas" - PICC, dan Taman Botani, Putrajaya
Tarikh: 26 Mei 2012

Penggambaran 'outdoor' sahabat saya; ASP Zaidi bersama isteri beliau sekitar Putrajaya. Saya bukan-lah sebagai 'official photographer', sebaliknya bertindak hanya sebagai 'best-man' (pengapit). Tetapi, bila dah tengok seorang lagi sahabat yang dilantik sebagai OP, rasa gatal je tangan nak memetik kamera. Hehee.. Maka, saya pon 'assist' sebagai backup. :P

Susunan 'pose' diarah oleh sahabat saya dan saya hanya 'snap' sahaja. Dan ada juga gambar-gambar spontan sebenarnya. Saya tidak kreatif untuk menyusun 'pose' pengantin. Saya hanya suka memetik kamera. :)

Enjoy!

Tahniah saya untuk sahabat saya; ASP Zaidi dan isteri, Zarimah. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga dalam limpahan rahmat Allah hendaknya. :)



Lokasi: Taman Botani, Putrajaya. 



 Lokasi: Taman Botani, Putrajaya. 

 
 Lokasi: Taman Botani, Putrajaya. 


 Lokasi: Taman Rekreasi "Jambatan Emas" berhampiran PICC

 
 Lokasi: Pullman Hotel



  Lokasi: Pullman Hotel



 Lokasi: Taman Botani, Putrajaya. 

 
 Lokasi: Taman Botani, Putrajaya. 





 Lokasi: Taman Botani, Putrajaya. 


Sabtu, Mac 17, 2012

teaser persandingan: awin dan suami | 17 Mac 2012

Majlis persandingan sahabat saya, Nooraini Binti Mohamad Noor dan suaminya di Labis pada 17 Mac 2012. Didoakan semoga pernikahan mereka diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT dan berbahagia sampai ke syurga..

 ini dia rakan sekelas bersama suami dan isteri masing-masing. fuuhh. macam tak percaya!

bakal mengikut jejak langkah kawan-kawan yang lain. tak lama lagi, dah boleh duduk di kerusi "suami dan isteri".. hihi.. tahniah, Awin!




berarak masuk ke gerbang pelamin

rakan-rakan sekelas. ada yang dah berkahwin, ada yang belum. saya? kehkeh.. ce teka.. ce teka.. =P

mini gathering bekas pelajar-pelajar Diploma Teknologi Maklumat, Politeknik Johor Bahru (sekarang; Politeknik Ibrahim Sultan). tak semua. tapi, dah cukup meriah!

Sabtu, Mac 10, 2012

solemnization: shahrul nazar dan isteri

assalamualaikum.

majlis pernikahan sepupu saya; Abdul Shahrul Nazar Bin Abdul Jalil dan isteri beliau (lupa nama).. hehe..



Ahad, Februari 26, 2012

kids' day out - zoo Johor

assalamualaikum. it's been a long time tak spend masa dengan blog ini. maklum sahaja, agak sibuk dengan kerja-kerja harian. lagipula, sudah lama tidak keluar 'outing' dengan bertemankan kamera. si kamera pon hanya tersadai di atas lantai tanpa ada yang mempedulikannya. kali terakhir ia difungsikan adalah pada Disember tahun lalu. itu pun, untuk satu majlis perkahwinan di mana saya sebagai seorang fotografer rasmi yang tak bertauliah. hehe. sekadar suka-suka.. =)

after a long time, hari ini sempat juga saya melapangkan sedikit masa untuk keluar membawa 'anak-anak' saya ke zoo di Johor. kelihatannya, mereka sangat teruja. begitu juga saya kerana sudah begitu lama tidak memetik kamera.

alhamdulillah. cuaca juga baik. cuma sedikit panas terik. 

macam biasa, gadjet yang saya gunakan adalah kamera NIKON D5000 dengan kit lens. nampaknya, belum mampu lagi nak naiktaraf lens. tapi, cita-cita itu sentiasa membara dalam hati. sebelum menaiktaraf lens, saya memikirkan dahulu kepentingan-kepentingan lain, kerana bagi saya, lens boleh dimiliki jika ada pendapatan lebih. lagipula, ia bukan suatu 'pekerjaan' buat saya. hanya sekadar cebisan hobi dalam bidang fotografi ini. minat yang dipendam sejak dahulu. bercerita melalui gambar. hehe. bermadah pulak.

untuk 'aksi' yang akan saya paparkan, ia bukan-lah 'raw' daripada kamera. sebaliknya, saya telah membuat 'editing'. thanks to TrisnoPhotography for the 'free photoshop actions'. love it so much. tak perlu saya nak susah-susah meng-edit 'layer by layer' dalam photoshop. serius penat! hehe. jika ada sebarang komen, pertanyaan, boleh tinggalkan komen. insyaallah, kalau sempat, saya akan balas. saya menerima apa jua komen, kritikan dan sebagainya. have fun, and have a nice day! =)

entah apa nama burung ini. tapi, saya kenal watak burung ini dalam banyak versi kartun zaman dahulu. burung ini diwatakkan sebagai 'penghantar bayi'. tapi, saya memang tak tahu apa namanya. bangau ke?

anak saudara saya. kepenatan. nasib baik bawak bekal susunya. =)

si abang ini adalah HERO bila di rumah. ganas. tapi, bila dah naik kuda, terus hilang HERO-nye. hihi. 

nampak macam berani sahaja. tapi, sebenarnya mengacah-acah je yang lebih. perangai anak-anak..

saya sangat tertarik dengan spesis 'kucing besar' ini. taktahu kenapa. baik harimau mahupun singa. rasa macam nak belai macam membelai kucing. geram!

perangai anak-anak. sekarang sudah pandai buat 'peace' depan kamera.

rasanya ini adalah spesis ular berbisa. tak tahu apa namanya. terlupa nak baca 'description' kat sangkar tadi.

ini spesis burung kakak tua. taktau apa nama spesisnye.

untuk koleksi gambar lain, boleh layari slideshow flickr saya. tak semua gambar saya masukkan ke dalam blog. hanya sebahagian sahaja. dan flickr ini juga agak baru. tak semua juga gambar dalam blog ini ada di dalam flickr. please enjoy~ have a nice day.. =)
Terdapat ralat dalam alat ini