iklan nak cari makan

Selasa, Mei 29, 2012

teaser - pertunangan Shahrir & Azira | 27 Mei 2012

Lokasi: Taman Indah Jaya, Petaling Jaya
Tarikh: 27 Mei 2012

Selesai majlis sahabat saya di Dengkil/Putrajaya, saya bergegas pula untuk sebuah lagi majlis sahabat saya yang melangsungkan pertunangan pada hari berikutnya. Fuuh. Memang agak packed jadual saya untuk seminggu lepas. Bermula dengan 'training' di First Avenue selama 5 hari. Kemudian bergegas ke Putrajaya untuk majlis pernikahan dan persandingan, dan seterusnya pada Ahad lepas, bergegas pula untuk majlis pertunangan. Alhamdulillah. Segalanya telah dipermudahkan dengan izin-Nya.

Berikut adalah beberapa keping gambar untuk majlis pertunangan sahabat saya. Gambar tak cantik berikutan speedlite pon taknak berfungsi dengan baik ditambah pula dengan 'cuaca' di dalam rumah yang agak kelam. Di samping itu, saya juga mencuba 'keberfungsian' lens Tamron 18-200 F3.5-6.3 yang baru saya beli di Lowyat. Hehe.. bersemangat juga nak 'mencuri' momento.. :)


Sebentuk cincin sebagai tanda si gadis sudah dirisik untuk diikat.


Si gadis riang bila dipinang. Menunggu mahligai untuk didirikan. :)


Watak anak-anak kecil sering menggelikan hati saya. Watak comel dan nakal yang menghiburkan.



Bapa si gadis yang menjadi walinya nanti.


Si gadis menjadi tumpuan lensa.


Rombongan pihak lelaki.

Lokasi rombongan pihak lelaki berkumpul. Hanya 'sekangkang kera' dari rumah pihak perempuan.

Isnin, Mei 28, 2012

teaser - ASP Zaidi dan Zarimah | Putrajaya - 26 Mei 2012

Lokasi: "Jambatan Emas" - PICC, dan Taman Botani, Putrajaya
Tarikh: 26 Mei 2012

Penggambaran 'outdoor' sahabat saya; ASP Zaidi bersama isteri beliau sekitar Putrajaya. Saya bukan-lah sebagai 'official photographer', sebaliknya bertindak hanya sebagai 'best-man' (pengapit). Tetapi, bila dah tengok seorang lagi sahabat yang dilantik sebagai OP, rasa gatal je tangan nak memetik kamera. Hehee.. Maka, saya pon 'assist' sebagai backup. :P

Susunan 'pose' diarah oleh sahabat saya dan saya hanya 'snap' sahaja. Dan ada juga gambar-gambar spontan sebenarnya. Saya tidak kreatif untuk menyusun 'pose' pengantin. Saya hanya suka memetik kamera. :)

Enjoy!

Tahniah saya untuk sahabat saya; ASP Zaidi dan isteri, Zarimah. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga dalam limpahan rahmat Allah hendaknya. :)



Lokasi: Taman Botani, Putrajaya. 



 Lokasi: Taman Botani, Putrajaya. 

 
 Lokasi: Taman Botani, Putrajaya. 


 Lokasi: Taman Rekreasi "Jambatan Emas" berhampiran PICC

 
 Lokasi: Pullman Hotel



  Lokasi: Pullman Hotel



 Lokasi: Taman Botani, Putrajaya. 

 
 Lokasi: Taman Botani, Putrajaya. 





 Lokasi: Taman Botani, Putrajaya. 


Terdapat ralat dalam alat ini