iklan nak cari makan

Rabu, Oktober 26, 2011

menembak bintang?

misi: menembak bintang
cuaca: mendung + kilat + takda bintang!
lokasi: jejantas mpjbt
hasil: seperti di bawah ..











haha. misi utama adalah untuk menangkap gambar bintang-bintang di langit. tetapi, memandangkan cuaca yang tidak mengizinkan (beberapa hari lepas cuaca sangat baik), makanya, melepak sahaja di atas jejantas buat slow shutter shot. and those up there was the results of 'menembak bintang'.. haha. bintang takda, tapi lampu kereta banyak leee..

ini adalah hasil daripada D5000 milik saya. saya akan cuba masukkan output D7000 milik rakan saya. and of course, his results is better than mine.. =)

dah lama mengidam nak buat slow shut nih. and, pada malam deepavali nih berkesempatan jugak. itu pun sebab bintang takda. kehkeh.

i love the lights!

Ahad, Oktober 02, 2011

Arina Syairah & Nashriq - Arina Hamizah & Fairuz

Tarikh: 1 Oktober 2011
Lokasi: Dewan Seri Mahkota, MRSM Batu Pahat

dua kuntum bunga. mungkin melambangkan 'sang raja' dan 'permaisuri'nya.. =)

antara dua orang anak kepada sahabat saya. hehe. orang bujang nih susah, nak pergi kenduri kawen pon takda pasangan. makanya, join kengkawan yang dah berkeluarga. tak malu sangat. hehe.. anak-anak yang comel!

kedua-dua mempelai adalah sahabat saya. kenal dengan pengantin perempuan, secara tak langsung berkenalan juga dengan pengantin lelaki. =)

Persandingan dua pasangan. Dua beradik. Arina Syairah (adik) dan pasangannya, Nashriq serta Arina Hamizah (kakak) dan pasangannya Fairuz.

Semoga kedua pasangan ini dilimpahi keberkatan dan kebahagiaan dalam melayari bahtera sebuah keluarga. semoga juga keluarga yang dibina sakinah, mawaddah, warahmah.

"barakallahu laka wabaraka 'alaika wa jama'ah bainakuma fi khair"
"Semoga Allah memberkahimu dan memberkahi atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan"
Terdapat ralat dalam alat ini