iklan nak cari makan
Isnin, Jun 11, 2012
Selasa, Jun 05, 2012
pertunangan Azira & Shahrir | 27 Mei 2012
Tarikh: 27 Mei 2012
Lokasi: Taman Indah Jaya, Petaling Jaya
Lokasi: Taman Indah Jaya, Petaling Jaya
"Khitbah" (Bahasa Arab) / "bertunang"
(Bahasa melayu) adalah muqaddimah atau permulaan kepada az-zawaj(Bahasa
Arab) / nikah atau kahwin (Bahasa Melayu). Sesungguhnya Allah menjadikan
khitbah sebagai salah satu dari syariat-syariat / perundangan-perundangan
Agama Islam. Apa hikmat, faedah atau kelebihannya??? Kerana khitbah
memberi peluang kepada kita semua untuk at-ta'arruf / berkenalan dengan
pasangan masing-masing dari segi zahir dan batin sebelum kita bernikah
atau berkahwin.
"Khitbah" (bahasa Arab) bererti "bertunang"(bahasa
Melayu). "Tafsiran" lafaz atau perkataan "bertunang"
ini berbeza mengikut tempat, kawasan, adat dan suasana masyarakat masing-masing.
Berbeza di antara negara Malaysia, Singapura,
Thailand dan Indonesia.
Dan kemungkinan berbeza juga di antara beberapa tempat, adat, suasana serta
kawasan-kawasan di dalam negara masing-masing. Contohnya di dalam Indonesia,
tafsiran "bertunang" di Medan dan Jakarta
berbeza. Di dalam Thailand, tafsiran "bertunang"
di Bangkok dan Pattani berbeza. Begitulah seterusnya di tempat-tempat lain.
"Khitbah" di dalam bahasa Arab apabila
diterjemah maknanya ke dalam Bahasa Melayu bermakna 'melamar' wanita untuk
dijadikan bakal isteri. "Melamar" ini juga bermakna meminta persetujuan
pihak wanita untuk menjadi isteri kepada pihak lelaki. Khitbah
ini memakan 'masa' berdasarkan kebiasaan atau adat yang masyhur dipegang
kawasan, tempat, adat dan suasana masyarakat.
"Khitbah" juga bermakna proses lelaki
meminta dari pihak perempuan untuk berkahwin dengan cara-cara atau jalan-jalan
yang diketahui masyhur di tempat masing-masing.(Fiqh
Assunnah oleh Syed sabiq).
"Khitbah" juga membawa makna menzahir
dan mengiklankan kehendak / kemahuan seseorang untuk berkahwin dengan seseorang
wanita.(Fatawa Muasoroh oleh Dr.Yusof Al Qardawi).
Dr. Yusof Al- Qardawi juga berkata (buku yang sama) bahawa di dalam khitbah
/ bertunang ini tidak ada "hak" bagi khatib(tunang
lelaki) kecuali hak untuk melamar ( to reserve or booking) makhtubah
(tunang wanita) semoga pihak lelaki selain darinya tidak datang untuk meminang
wanita itu.
(sumber: http://muzakarah.tripod.com/tunang.html)
Menjalani proses 'pertama' sebelum melangkah ke fasa seterusnya.. Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma, wa jama'ah bainakuma fi khair.. Doa saya untuk kalian apabila disatukan kelak.. amin. :)
Langgan:
Catatan (Atom)