iklan nak cari makan

Ahad, April 24, 2011

mari belajar: asas mengenali kamera

salam. sebagai seorang beginner, saya ingin berkongsi serba sedikit asas kamera. berkaitan exposure, aperture, shutter dan sebagainya. berikut adalah tutorial yang telah saya alih-bahasakan kepada bahasa melayu supaya mudah bagi saya memahami setiap bait kata. tutorial ini saya ambil dari laman Nikon. mari belajar bersama!

Exposure

Memahami Exposure

"Exposure" dalam konteks fotografi adalah tentang mengawal jumlah cahaya yang sampai ke dalam sensor kamera apabila anda menekan butang shutter untuk mula mengambil foto/gambar.

Untuk mencipta fotograf, exposure (pencerahan) yang ideal adalah diperlukan untuk membenarkan jumlah cahaya yang sebenarnya/betul untuk sampai ke sensor. Membenarkan jumlah cahaya yang terlalu sedikit untuk sampai ke sensor akan menyebabkan hasil foto menjadi gelap (under exposed). Selain itu, membenarkan terlalu banyak cahaya sampai ke sensor pula akan menjadikan foto kelihatan terlalu cerah (over exposed).

Keseimbangan Exposure (pencerahan)

Bagaimana mendapatkan exposure yang ideal? Ia ditentukan oleh keseimbangan dua faktor:
1. Berapa banyak cahaya yang dibenarkan melepasi lensa
2. Berapa lama cahaya dibenarkan melepasi lensa.

** Pencerahan (exposure) boleh dicapai oleh kombinasi yang berbeza berapa banyak cahaya dan berapa lama ia dibenarkan melepasi lensa hingga ke sensor kamera.

Memilih kombinasi yang tepat

Exposure boleh dicapai oleh kombinasi yang spesifik tentang berapa banya cahaya yang dibenarkan melalui lensa dan berapa lama ia dibenarkan masuk/melepasi. Walaubagaimanapun, bagaimana kita menentukan kombinasi yang terbaik? Dan bagaimana mengawal kamera untuk mencapainya?

Perkakas yang dinamakan "iris diaphragm" membenarkan kamera anda mengubah saiz lubang (hole) di dalam lensa yang dikenali sebagai "aperture" yang mengawal jumlah cahaya yang dibenarkan melepasi lensa kamera.

Perkakas lain dinamakan "shutter" mengawal jumlah masa cahaya yang masuk. Kedua-dua perkakas ini membenarkan kita mencapai kombinasi yang berbeza tentang jumlah cahaya yang dibenarkan masuk ke dalam lensa kamera, begitu juga berapa lama/panjang masa yang diperlukan untuk mencapai exposure yang ideal.

Rabu, April 20, 2011

shots with Canon 550D | 18 - 200 mm

my first shots with Canon 550D. gear milik saya adalah NIKON D5000 | 18 - 55 mm dan bila menggunakan Canon 550D dengan lensa telephoto, membuatkan saya sungguh teruja! berikut beberapa shots yang sempat saya rakamkan menggunakan Canon 550D semasa pemiliknya bermain di padang.



gol pertama pasukan CICT!


seorang pemain CICT hampir tidak sedarkan diri setelah berlaku pertembungan dengan penjaga gawang CICT dan penyerang FKE.

USG2011 - CICT vs FKE | 19 April 2011

USG2011 atau UTM Staff Games 2011 adalah acara tahunan Sukan Staf UTM yang dianjurkan oleh Unit Sukan, Hal Ehwal Mahasiswa UTM. Pelbagai acara sukan yang dipertandingkan, antaranya; Tarik Tali, Bola Tampar (Lelaki dan Wanita), Petanque, Bola Sepak, Futsal (Lelaki dan Wanita), Badmintan dan banyak lagi. Acara disertai oleh semua fakulti dan pusat tanggungjawab (PTJ) di mana para atlit terdiri daripada kakitangan profesional dan sokongan (akademik dan bukan akademik).


 jurufoto jabatan yang bertauliah. power nih, video camera pon boleh tahan skill-nya.


Jumaat, April 15, 2011

se-petang Jumaat di pejabat

bila takda kerja nak dibuat (padahal kerja berlambak), maka shutter membisik di telinga. apa lagi, sekitar meja menjadi mangsa.


semalam tak berapa nak bersih. hari ini sudah bersih. baru je clear sekejap, dah tambah lagi kertas atas meja. haih. tak pernah sudah.

the keyboard

ada banyak benda. tapi yang nak difokus adalah USB hub edisi KRONE. souvenir ketika kursus Network Design tahun lepas.

dalam tempoh setahun, ada tiga diari/buku nota. hoh. pon macam tak cukup.

the tags.

takwim. macam-macam event penting kena marking pada kalendar supaya in future tak terlupa apa yang sepatutnya.

ehsan pengurusan. atas tuntutan tugas, maka dibekalkan sebuah notebook untuk kegunaan harian. kan baik kalau dapat macbook. betapa saya menghargainya.