berikut adalah sorotan momento yang sempat saya rakamkan di sekitar dua majlis persandingan berasingan sahabat-sahabat saya.
majlis pertama: Persandingan Raja Noorzailita Binti Raja Hisham dan pasangan di Dewan Rakyat Taman Sri Skudai, Johor Bahru
gelagat: ini-lah dia gelagat kami bila dah lama tak bergurau senda.
orang dalam cermin: rakan sekelas saya semasa di PJB
darah manis: kata orang, kalau sedang bertunang, darah tengah manis. hehe. nih dua-dua dah jadi tunangan orang. tak sempat saya nak masuk meminang.. hehe
reunion: walaupun tak ramai yang hadir (yang lain terikat dengan komitmen tugas), kami tetap duduk semeja. hehe. sebenarnya, kami 'curi' meja orang. haha..
majlis kedua: Persandingan Mohd Fauzi Bin Said Ramli dan pasangan, Taman Pulai Indah, Johor Bahru
raja sehari: gambar tidak mengikut susunan. mempelai duduk selepas berarak sebelum naik ke atas pelamin.
berarak: rombongan pengantin berarak menuju ke pelamin
pinang di belah dua: sama cantik, sama padan
paluan: kumpulan kompang