iklan nak cari makan

Ahad, Jun 05, 2011

bukan pistol

ini bukan-lah pistol. bentuk dan rekabentuknya sangat unik dan membuatkan saya berbelanja sehingga RM18 untuk memilikinya. hehe. ini adalah lighter atau mancis atau seumpamanya yang berfungsi menyalakan api untuk seseorang perokok tegar macam saya. hihi. selain api, pistol (lighter) ini juga dilengkapi dengan laser dan lampu suluh. herm. laser dan lampu suluh tuh boleh dikatakan berkait juga dengan kerja saya.

laser boleh saya gunakan untuk pengujian kabel fiber optik. jugak boleh digunakan jika saya memberi ceramah dalam kursus. lampu suluh? hah. tak perlu nak diterangkan lah ye. 'dah terang lagi bersuluh'. hehe.

unik bukan? saya membelinya di Pasar Karat JB. mula-mula nak berjalan-jalan je. bila member dah stopped-by kat stall nih, saya pon belek-belek dan rasa macam 'terpikat' pulak. lagipun, si penjual boleh tahan manis. ;p

ok, niat saya untuk memiliki lighter ini, bukan memiliki si penjual. kalau dapat pon, ok jugak. hehehe..

top-body: laser
middle-body: api
bottom-body: lampu suluh



cowboy!

bila dah ada lighter nih, nak dibawak ke sana ke mari bila melepak rasa macam malu pulak. haha.

Tiada ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini