iklan nak cari makan

Isnin, Mac 14, 2011

aksi lensa hujung minggu

rakaman moment di hujung minggu. dari Johor Bahru ke Ledang (Tangkak) ke Muar.

aksi si kenit baru bangun tidur. hehe. mood belum ada. disuruh senyum pun tak mau..

baru ada mood siket. hehe. ada dua batang gigi baru muncul.

dari Rengit ke Ledang. heading to friend's wedding.



selepas majlis di Ledang, bergerak ke Tanjung Emas. melayankan karenah si kecil heroin mstrshinden. sangat teruja si kecil melihat kera yang berkeliaran. dikacaunya si kera bagaikan bermain dengan si kucing. kalau dicakar, hah, baru dia kenal kucing dengan kera. hehe.

merakam aksi si kera amat susah. tak duduk diam. bergerak ke sana ke mari mengutip makanan yang diberi oleh pengunjung.

bukan main besar lagi si kera. ada yang kecil. ada juga yang besar. yang besar ini mungkin 'ketua' untuk kelompok si kera.


pandai juga si kecil ini beraksi. mungkin dah terbiasa sebab ayahnya juga seorang fotografer. hehe. kelakar dengan keletahnya. seronok juga ada anak ye. bila-lah agaknya nak ada anak nih..?



aksi si kecil nak mengejar si kera. terkejar-kejar si ibu dan si ayah nak mendapatkannya. hehe.

si kera ini agak 'nakal'. mungkin juga garang. gayanya asyik nak menerkam orang saja. tak padan dengan kecil!



aksi anak-anak pengunjung memberi makan kepada si kera. silap gaya, mau diterkam si kera.

ini dia mstrshinden dengan anaknya, Anis Sofea. like father, like daughter. hehe.

dah nak balik. perjalanan masih jauh. mstrshinden kena hantar anak dan isterinya pulang ke melaka dan beliau sendiri akan balik ke Johor Bahru kerana perlu ke Pasir Gudang pada esok harinya.

2 ulasan:

cik-af berkata...

errr. klu ikut gambar, ni bukan kat tg emas la. tp tanjung ketapang.

hafiz-Taichou berkata...

entah le. tengok signboard macam tanjung emas. tak kesah lah tanjung apa pun, jangan tanjung rambutan udah leee..

Terdapat ralat dalam alat ini