iklan nak cari makan

Selasa, Mac 29, 2011

bubbles

gelagat anak-anak saudara di rumah. keduanya cucu pertama dan menjadi buah hati kesayangan datuk dan wan-nya. juga menjadi buah hati kesayangan saya dan maksu-nya. rumah riuh bila mereka ada. rindu bila mereka tiada. gelagat dan karenah tak terduga. anak-anak kian membesar..

bubbles-gun. permainan yang dibeli di tapak pesta Inovasi dan Kreativiti UTM (aka pesta Konvo) bersempena majlis konvokesyen UTM ke-46

memperkenalkan hero kesayangan ramai, muhammad fahim raimi atau sangat manja dengan panggilan kimi. kadang-kadang 'mi'. pon bahasakan diri juga sebagai 'mimi'. sangat petah bercakap. kalau orang tak kenal, boleh jadi sasau dengan keletah mulutnya. macam takda insurans (memang pon).. :P

 gaya kenakalan seorang hero. kenakalan yang amat! pening kepala.






memperkenalkan heroin kesayangan, nur arissa balqish. sangat manja dengan panggilan kikish. adik kepada kimi. hampir berusia sepuluh bulan. baru pandai merangkak. dah pandai berdiri. mengemas? dari usia enam bulan lagi. pon boleh tahan macam abangnya.

kalau saya ada anak kelak, kecomelan begini yang saya doa diperkenankan. pipinya yang sentol membuatkan saya sentiasa cuba menggigitnya. hehe.

kata mak saya, si adik berwajah mamanya semasa kecil. harap bila besar, tak macam wajah mamanya. hehe.


2 ulasan:

Nurr Kasih berkata...

anak2 anugerah yg terindah..moga menjadi anak yg soleh dan solehah..comelnye :D

hafiz-Taichou berkata...

amin .. ;)

Terdapat ralat dalam alat ini