iklan nak cari makan

Rabu, Mac 16, 2011

ke akhir hayat

bila dah sampai masa kita, maka, kembali-lah kita kepada yang 'haq'. bagi kita umat manusia, dan bagi yang beragama Islam, apabila diseru kembali maka kembali-lah kepada yang Maha Mencipta. pemilik segalanya di langit dan di bumi. yang kekal abadi hanyalah Dia.

dua tahun setengah usianya. apabila tiba masa dan ketika, maka uzur-lah dia.

belakang parang yang tumpul, jika terus diasah akan tajam juga. yang tebal dan keras apabila diinjak saban hari akan nipis juga.

walau tak secantik mana, jasanya tetap berharga. sentiasa selamat dan bahagia. tidak pernah dicuri ketika di masjid atau di surau.

apabila tiba ketika, tak dapat nak diselamatkan lagi. terima kasih banyak atas jasa melindung tapak kaki dari segala macam ancaman bahaya dan bahan-bahan yang boleh membatalkan wuduk.

Tiada ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini