iklan nak cari makan

Isnin, Mei 30, 2011

CCNA

selama tiga minggu bermula pada 30 Mei 2011 hingga 16 Jun 2011 saya menjalani kursus untuk peperiksaan sijil CCNA. fuuhh. 3 minggu. bukan jangka masa yang sekejap. lama dan membosankan. hehe. tapi, terasa macam masa belajar dulu-dulu. kembali kepada suasana itu. cuma kali ini, lebih bebas daripada dulu. hehe.. 

untuk minggu pertama; skop persediaan ICND 1. manakala minggu kedua; persediaan ICND 2. untuk minggu terakhir adalah 'exam prep' dan peperiksaan. menurut senior-senior yang dah mengalami kursus dan peperiksaan ini, bukan calang-calang punya soalan. susah! heheeheee. tapi, kalau fokus betul-betul apa yang instructor membebel kat depan, insyaallah, harapan nak lulus tuh tinggi. tapi, kalau dah gayanya letak kepala atas meja, nak lulus macamana? hehehee..

ok. berikut adalah buku-buku nota persediaan untuk peperiksaan. bukan main berat lagi. covered for ICND 1 & 2. fuuh. jenuh jugak nak membaca. :P

buku nota persediaan peperiksaan untuk mengambil sijil Cisco Certified Network Associates (CCNA).

CCENT/CCNA ICND 1 dan CCNA ICND 2 - second edition.
kalau perhati betul-betul kat kotak tuh tulis 'Third Edition'. tapi bila buka isinya; 'second edition' jugak. hehe.

harga satu set untuk buku nota ini adalah USD59.99. hehe. mahal jugak ye..!


tersedia juga Video Training. bila dah selak tadi, macam jumpa ada 3 CD. wow! letih jugak nak menjenguk.

overall, saya rasa sangat bertuah dapat menyertai kursus nih. bukan calang-calang orang boleh join the course. kalau kat luar, harga untuk menyertai kursus sebegini agak mahal. belum termasuk lagi peperiksaan untuk kelayakan sijilnya. hehe. tak mampu. nih ada peluang, kena-lah rembat..

Rabu, Mei 25, 2011

k o n f i g u r a s i

 switches. ini adalah switch. telah dikonfigurasi. tinggal untuk mounting dan plug-in the cables. makan masa jugak nak buat nih.

stacked-switches.

downlink.

the UTP transceiver


the console cable. haha. switches brand 3COM, sekali console brand Cisco pulak.. haha


the uplinks


Ini adalah sebahagian kerja saya. konfigurasi, mounting, stacking, dan bermacam -ing lagi. dari penafsiran masalah sehingga penyelesaian dengan pengguna. tempoh masa dalam menyelesaikan sesuatu masalah bukan memakan masa seminit-dua, tapi boleh sehingga berbulan. hehe. bergantung dengan permasalah dan penyelesaiannya. sebab itu, kerja saya ini sungguh mencabar! panas-terik, hujan-basah. tak mengira. apakan daya, itu adalah amanah bahkan mendapat pahala dengan mengerjakannya. insyaallah. ;)

Selasa, Mei 24, 2011

irama + lagu

saya bukan seorang pemain muzik. bukan juga seorang yang pandai ber-alat muzik. menyanyi? selalu salah pitching. hehe. tapi, saya gemar bermain gitar. berbekal-kan not-not lagu yang diambil/dipelajari dari internet, saya boleh-lah bermain. itupun, 'sumbang' je yang lebih. hehe.

saya jenis yang tak hafal not/chord gitar. apatah lagi lirik lagu. pitching selalu lari terabur. hehe. maka saya akan print-out atau salin semula lirik+chord lagu tersebut. pemilihan lagu dilakukan dengan memilih chord yang paling mudah. heheee...

Ahad, Mei 15, 2011

karenah

untuk pengkaryaan saya dalam bidang fotografi, saya suka dengan situasi 'candid', potraiture dan nature. sebagai suatu hobi, saya suka mengambil gambar momento di sekeliling saya. dan kalau dapat dilihat, saya lebih suka menggunakan 'model' tak terlatih atau tidak profesional contohnya seperti anak-anak saudara saya. aksi-aksi spontan kadang kala menjadi, dan kadang kala menjadi hampeh. hehe..

saya juga menerima beberapa permintaan untuk mengambil gambar perkahwinan. malangnya, saya bukan seorang pro dan tiada pengalaman di dalam bidang tersebut. saya memegang kamera sebagai satu hobi semata, bukan sebagai mata pencarian. namun, sekiranya hasil karya saya diminati dan membolehkan saya menerima bayaran, apa salahnya. cuma dari segi prinsip, saya tidak suka menjalankan urusan perniagaan di mana saya sebagai penjual. saya punyai masalah dengan diri saya berkaitan 'menjual'. saya tidak pandai dan tidak berapa suka mengambil duit/harta orang lain kerana saya sangat takut sekiranya 'servis' yang saya berikan tidak menepati kesempurnaan yang diidamkan oleh pelanggan. oleh itu, saya lebih suka 'beramal jariah' dalam pengkaryaan saya. 

kepada kawan-kawan, teman-teman, jurufoto-jurufoto profesional di luar sana, saya mengagumi karya anda. dan anda memang berbakat! satu hari nanti, sekiranya jodoh saya tiba, tidak mustahil saya mengupah kreativiti anda untuk merakam momento terindah saya bersama bakal isteri. insyaallah.. ;)

kepada yang mengikuti perkembangan karya saya bersama model cilik, ini adalah anak saudara saya yang kedua berusia 11 bulan; nur arissa balqis

 memang memakan masa untuk menampakkan ayu wajah seorang kanak-kanak perempuan. rambut yang dicukur pada bulan November 2010 masih tak berapa panjang untuk diikat. tapi, usaha mengikat rambut sebegini lebih comel. ;)
bila ada yang kedua, ada juga yang sulung. ini si abang. anak saudara saya yang pertama; muhd fahim raimi. keletah dan kenakalan tak tertahan. tapi, itu-lah namanya budak-budak..hehe.. saya dulu juga begitu.. ;)

saya tak pasti kuih apakah ini. disusun secara tak berapa rapi oleh si abang di atas meja. habis beremah. hehe..

JB hujan ..

recently, cuaca amat panas dan menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca pada minggu lepas mencecah sehingga 36.2 darjah celcius. panas betol. berpunca daripada angin yang membawa fenomena apa entah di Filipina sehingga ke Malaysia. kesannya, cuaca yang betul-betul panas. dan akhirnya, dua-tiga hari lepas, di Johor Bahru, hujan mulai turun setelah cuaca kering untuk beberapa ketika.



Khamis, Mei 12, 2011

share: GDJ - online trade

salam to all.

just nak berkongsi sedikit maklumat yang mungkin berguna kepada mereka di luar sana. mungkin anda dah tahu, or mungkin ada yang belum tahu. saya pon baru je tahu. hehe.

ok, to those who are looking for an accessories of DSLR such as lenses, or body, i just introduced to a blog which doing the business. please do to follow this URL: http://gajetdijepun.blogspot.com.

trading dalam Ringgit Malaysia. barangan yang ditawarkan tidak semestinya yang terpakai, mungkin juga ada yang baru. kepada yang berminat, boleh ke laman tersebut dan semak kaedah urusan jual beli serta pertanyaan sendiri dengan tuan punya blog.
sekian..


psssttt: dah lama tak berkarya di dalam nih. masa tak berapa cukup. hehe..

Selasa, Mei 03, 2011

[outing] : 1 Mei 2011 - versi D7000

salam. hari ini dah berjaya mendapatkan softcopy daripada incik mstrshinden. berikut merupakan hasil sentuhan beliau dengan gear: NIKON D7000 + TAMRON 70-200mm F2.8

saya begitu suka dengan hasil D7000. dengan sedikit sentuhan, imej yang terhasil cukup memberangsangkan. tak perlu nak edit sangat. and, these pictures adalah gambar tanpa suntingan (edit). cuma memasukkan signature sahaja.

macam biasa, kami suka 'curi' model. hehe..

ada yang buat photoshoot. samada pre-wed, atau post-wed atau sesaja je.

aksi gadis kamera dengan model cilik


model cilik. parents of this boy macam tak kisah pon gambar anak mereka dirakamkan.


kepada yang nak bermula dengan DSLR, kalau ada bajet lebih sikit, saya cadangkan kamera NIKON D7000 ini. memang agak melampau untuk seorang beginner kalau terus gunakan NIKON D7000, tapi user-friendly of the function saya rasa boleh juga digunakan pelbagai lapisan masyarakat. mudah, cepat, dan hasilnya memuaskan. hanya perlu asah kreativiti saja. ok, that's all for this post. have a nice day..

Isnin, Mei 02, 2011

outing: taman merdeka ke kebun bunga JB

salam to all. 

hari ini isnin, hari cuti ganti kepada cuti umum 1 Mei yang jatuh pada hari ahad. memandangkan hari cuti ganti, maka ada sedikit aktiviti outing bersama seorang sahabat, mstrshinden. di Johor Bahru nih, taktau mana lagi port baik untuk buat photoshoot merakam pelbagai momen. ragam manusia, anak-anak, tumbuh-tumbuhan. macam biasa, untuk outing kali ini, lokasinya adalah kebun bunga JB atau kebun bunga istana Johor. sebelum itu, kami ke taman merdeka, Johor Bahru. oleh kerana suasana suram dan sepi kerana kurangnya pengunjung; selain aktiviti 'couple' dan riadah keluarga. 

berikut antara momen yang sempat dirakam dengan menggunakan NIKON D5000 + 18-105mm kit lens.

mstrshinden dengan gear: NIKON D7000 + TAMRON 70-200mm F2.8 lens

burung terbang bebas

RTM Johor Bahru

saya bangga dilahirkan di Johor Bahru, Johor Darul Takzim

NIKON D7000 + TAMRON 70-200mm F2.8

jejambat

gadis kamera (signature error: taman.merdeka.johor.bahru | kebun.bunga.johor.bahru)

si gadis kamera (signature error: taman.merdeka.johor.bahru | kebun.bunga.johor.bahru)

(signature error: taman.merdeka.johor.bahru | kebun.bunga.johor.bahru) 


pssssttt: kepada sesiapa yang tahu lokasi menarik untuk photoshoot di sekitar Johor Bahru, boleh-lah berkongsi dengan saya.. (*smile*)