iklan nak cari makan

Isnin, Mei 30, 2011

CCNA

selama tiga minggu bermula pada 30 Mei 2011 hingga 16 Jun 2011 saya menjalani kursus untuk peperiksaan sijil CCNA. fuuhh. 3 minggu. bukan jangka masa yang sekejap. lama dan membosankan. hehe. tapi, terasa macam masa belajar dulu-dulu. kembali kepada suasana itu. cuma kali ini, lebih bebas daripada dulu. hehe.. 

untuk minggu pertama; skop persediaan ICND 1. manakala minggu kedua; persediaan ICND 2. untuk minggu terakhir adalah 'exam prep' dan peperiksaan. menurut senior-senior yang dah mengalami kursus dan peperiksaan ini, bukan calang-calang punya soalan. susah! heheeheee. tapi, kalau fokus betul-betul apa yang instructor membebel kat depan, insyaallah, harapan nak lulus tuh tinggi. tapi, kalau dah gayanya letak kepala atas meja, nak lulus macamana? hehehee..

ok. berikut adalah buku-buku nota persediaan untuk peperiksaan. bukan main berat lagi. covered for ICND 1 & 2. fuuh. jenuh jugak nak membaca. :P

buku nota persediaan peperiksaan untuk mengambil sijil Cisco Certified Network Associates (CCNA).

CCENT/CCNA ICND 1 dan CCNA ICND 2 - second edition.
kalau perhati betul-betul kat kotak tuh tulis 'Third Edition'. tapi bila buka isinya; 'second edition' jugak. hehe.

harga satu set untuk buku nota ini adalah USD59.99. hehe. mahal jugak ye..!


tersedia juga Video Training. bila dah selak tadi, macam jumpa ada 3 CD. wow! letih jugak nak menjenguk.

overall, saya rasa sangat bertuah dapat menyertai kursus nih. bukan calang-calang orang boleh join the course. kalau kat luar, harga untuk menyertai kursus sebegini agak mahal. belum termasuk lagi peperiksaan untuk kelayakan sijilnya. hehe. tak mampu. nih ada peluang, kena-lah rembat..

1 ulasan:

Maslizan berkata...

Assalamualaikum,
Kat mana encik ambil kursus CCNA ni dan berapa kos nya ?